MEKANIKAL VS FIZIKAL?!
Assalamualaikum dan salam sejahtera...malam ni tetiba nak nak menulis pandangan berkaitan dengan dunia kayuhan terutama MTB,setelah hampir 5 bulan saya menceburi dunia basikal ni,saya telah bertemu ramai kawan yg mempunyai minat yg sama...malahan mereka lebih advance..dari segi teknik kayuhan,teknik pemilihan gear semasa kayuhan,alat ganti dan macam-macam lagi...kalau nak cerita dengan basikal??hehehe..kadang2 nak sebut harga pun takut ooo...boleh buat downpayment rumah or kereta mewah ooo
Rata-rata mereka gemar bila ada event jamboree...pasti mereka akan cuba menyertai acara ni,mereka sukakan cabaran..join bukan untuk menang pun...lebih kepada mencabar mental dan fizikal..
berbalik pada isu yg ingin saya utarakan..iaitu mengenai mekanikal atau fizikal yg lebih penting?? adakala saya tgk,mereka akan cuba memperlengkapkan basikal mereka dengan komponen yg bagus dan mahal...pepatah dalam dunia basikal ni
'ringan duit, berat basikal,ringan basikal, lagi berat duitnya'
Tidak dinafikan faktor basikal juga menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan dalam sesuatu pertandingan,tapi..sejauh mana kebenarannya??Bagi saya...apa yg lebih penting ialah faktor fizikal lebih utama,cukup latihan,fitness dan stamina yg bagus menjanjikan kejayaan dalam kayuhan..
lagi yg saya amati...mereka seakan ingin berlawan basikal siapa lg up to date,dari segi folk,group set,hub dan lain2 lagi..asal ada yg terkini pasti ada yg sibuk nak hupgrade..padahal barang yg lama masih elok...pastu ada pulak yg tak boleh kalah..pun sama gak nak upgrade...duit mcm air jer...adalah rasa cemburu sikit....hehehe...tapi bila kenangkan keadaan dan keperluan utk tukar atau upgrade basikal ni adalah tidak perlu..selagi ia berada dalam keadan elok...gunakan dengan sebaiknya...yg penting penyelenggaraanyg teratur akan memanjangkan kadar hayat sesuatu komponen tu..
sekali lg saya tekankan...cukupla basikal yg mempunyai folk yg sederhana dan gearing yg lembut..yg penting,ringankan badan dan mantapkan stamina...bagi basikal apa pun anda x de masalah untuk menunggangnya..x mustahil anda boleh mengatasi rider yg mempunyai basikal yg ringan dan power...hehehe
sebelum saya berhenti..saya ingin meminta maaf sekiranya pandangan saya ini tidak betul pada pandangan anda...maklumla saya pun mentah lagi dalam dunua basikal ni...
apapun...majulah mtb utk semua! semoga berjumpa lagi..daaa!
* berjaya turun berat badan dari 86kg > 79.5kg dengan berkayuh dan vitamin bakar lemak
No comments:
Post a Comment